Berita

Biro Kebajikan Teruskan Khidmat Bakti Untuk Ceriakan Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya melalui Biro Kebajikannya sentiasa mengutamakan keselesaan rakyat dengan memberi perhatian kepada golongan yang kurang bernasib baik khususnya mereka yang dilanda keuzuran dan musibah. Terbaru biro tersebut bersama-sama ahli jawatankuasanya telah mengadakan lawatan ke rumah Cikgu Iqbal yang dilaporkan terkena serangan strok kali kedua sehinggakan beliau gagal melaksanakan tugasan harian seperti biasa.

Sebelum itu, anggota Biro terbabit telah berkunjung ke Hospital Putrajaya bagi menziarahi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Saadiah Bakar yang telah pun beransur pulih. Dalam masa yang sama, lawatan turut dibuat kepada suami Puan Latifah Sodarman iaitu Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Bunga Kaktus yang cedera ekoran terlibat dalam kemalangan. Turut sama diziarahi ialah adik Mohamad Nadzmi Haziq Norazahan yang patah tangan selepas terjatuh dari basikal yang dinaikinya.

Biro Kebajikan tersebut juga telah berkunjung ke Jabatan Pendidikan di Presint untuk menziarahi Puan Rodiah yang baru saja menjalani rawatan di Institut Kanser Putrajaya.Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah pegawai dari Jabatan Pendidikan Putrajaya.

Tidak sekadar berkunjung ke hospital sahaja, Biro Kebajikan tersebut turut menziarahi para pesakit ke rumah mereka sebagaimana kunjungan ke rumah pesakit Puan Norzalila Ibrahim yang telah menjalani dua kali pembedahan disebabkan ketumbuhan yang dihidapinya.

Turut diziarahi dirumahnya ialah En. Abu Bakar Abu Mutalid di Presint 11 yang mengalami masalah jantung, serta rumah adik Aleesya Azizi yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan herniotomy.

Kemudian kunjungan biro terbabit dibuat kepada En. Yahya Tajuddin Yang juga Timbalan Pengerusi MPPWP Sub Zon B Presint 8 yang baru sahaja mendapat rawatan akibat penyakit batu karang dan masalah buah pinggang dan seterusnya ke rumah pesakit adik Nurfahmida Zamanhuri yang dilapurkan mengalami patah tangan akibat terjatuh semasa bermain bola jaring di sekolah.

Dalam kunjungan Biro Kebajikan yang diketuai oleh Pengerusinya Puan Husna Abd Rahaman, sumbangan turut dihulur bagi membantu meringankan beban yang dipikul selain iringan doa agar dikembalikan kesihatan dan kesejahteraan bagi berdepan dengan hari-hari mendatang.

10435913_855574534477830_7514588869435587256_n

11034113_855622041139746_518376373322266134_n

11217581_855629867805630_4167167667976569944_n

11224277_855585597810057_8783946427856665109_n

11390334_855590734476210_7559942895157400809_n

11390346_855567367811880_5660822661080103683_n

11402584_855625207806096_7389337150725012707_o

11403279_856587891043161_2886861295005892520_n

11416359_856587831043167_2700765157463756584_o

11537570_856607361041214_5545321078375022075_o