Jom Semarakkan Berbuka Puasa Percuma dalam Maidatul Rahman Putrajaya
PUTRAJAYA – Ketibaan Ramadan membawa kembali Program Berbuka Puasa Maidatul Al-Rahman yang menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma untuk semua penduduk dan para pengunjung Putrajaya sepanjang Ramadan ini.
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, program tersebut telah menjadi sebahagian daripada kebiasaan bagi warga Putrajaya yang diambil sebagai salah satu pendekatan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping menyemarakkan amalan bersedekah.
“Juadah berbuka puasa untuk bukan hanya untuk penduduk Putrajaya tetapi juga kepada para musafir dan fakir selain para pengunjung Putrajaya.
Program berbuka tersebut di akan berlangsung di tingkat atas Medan Selera Presint 8 bermula pada 1 Ramadan hinggalah ke 23 Ramadan nanti.
Kira-kira 500 orang tetamu dijangka akan menghadiri majlis berbuka puasa ini.