Berita

Kunjungi Festival Ramadan Putrajaya Untuk Persediaan Aidilfitri

PUTRAJAYA – Festival Ramadan Putrajaya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Jun 2015, Khamis yang melibatkan kawasan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Kiblat Walk dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3.

Festival tersebut akan berlangsung sehingga 16 Julai ini yang antara lain bertujuan menarik pelancong dan pengunjung ke Putrajaya selain menjadikan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barang keperluan bagi sambutan Aidilfitri.

Sebanyak 92 unit kiosk jualan barangan raya dan 18 gerai menjual juadah berbuka disediakan di sekitar tapak festival selain kemudahan kerusi serta meja untuk pengunjung berbuka puasa.

Pada majlis itu, Najib turut mengedarkan kurma dan bubur lambuk sumbangan PMO Club kepada orang ramai.

Turut serta, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.