Berita

Permulaan Ramadan Meriah Dalam Maidatul Rahman Putrajaya

PUTRAJAYA – Acara tradisi sempena bulan Ramadan dengan program Maidatul Rahman yang berkonsepkan berbuka puasa bersama para penduduk setempat dan pengunjung sekitar Putrajaya berlangsung meriah.

Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli keluarganya turut bersama-sama dalam program tersebut.

“Alhamdulillah, kita dapat meneruskan program berbuka puasa sebagaimana tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Jelasnya, Maidatul Rahman dimulakan hari pertama puasa hinggalah ke-23 Ramadan di Medan Selera Presint 8 diharap terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung dan warga Putrajaya.

“Seperti tahun lepas kita siapkan juadah berbuka puasa untuk musafir dan fakir dalam bulan Ramadan ini selain golongan yang bekerja di sekitar kawasan terbabit.

“Program ini juga penting untuk mengeratkan hubungan silaturrahim warga Putrajaya selain amalan gotong-royong yang dilakukan dalam penyediaan juadah serta dapat menyemarakkan amalan bersedekah pada bulan mulia ini.”

1492484_859802044055079_5628879765607300422_o

11022513_859802474055036_1436250483352638780_o

11206514_859802204055063_8907719538087118096_o

11402468_859801894055094_1908879228894052160_o

11402583_859802117388405_7671670454166457279_o

11406737_859801770721773_809952292475695999_o

11423363_859802534055030_6525722647300505963_o