Berita

Ramadan Tak Jejas Biro Kebajikan UMNO Putrajaya Teruskan Khidmat

PUTRAJAYA – Kedatangan Ramadan Al-Mubarak tidak menjejaskan gerak kerja Biro Kebajikan UMNO Putrajaya untuk terus menyempurnakan khidmat bakti bagi membantu mereka yang memerlukan dan golongan yang kurang bernasib baik. Lawatan biro tersebut ke rumah ahli keluarga arwah En. Adnan Muhd Shah telah dibuat pada 23 Jun 2015, Selasa iaitu pada hari kematian allahyarham di Presint 16. Tuan Haji Roslan Abu Hanif selaku Ketua MPPWP Sub Zon B telah menyampaikan salam takziah kepada balu allahyarham serta menyampaikan sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung. Semoga roh allahyarham di cucuri rahmat dan di letakkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Pada waktu yang lain, biro terbabit telah menziarahi pesakit Mohammad Nor Shafiq Kamaruzzaman di Presint 18 Putrajaya yang uzur selepas menjalani pembedahan gigi. Kemudiannya, anggota AJK biro terbabit telah berkunjung ke U06 fasa 1 Presint 9 Putrajaya untuk menziarahi En. Abu Bakar Rahim yang mengalami masalàh darah tinggi dan kencing manis. Turut diziarahi ialah En. Mohd Ghair Abd Majid di Presint 11 yang sebelum ini telah mendapat rawatan di hospital akibat komplikasi jantung.

Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya juga telah mengadakan kunjungan ke Presint 8 Putrajaya sebagai lawatan susulan kerumah adik Qistina Batrisya Khairul Anuar yang dilaporkan mengalami sakit barah otak serta menziarahi En. Hassan Che Mat di Presint 9 Putrajaya
yang di laporkan mengalami minor strok baru-baru ini.

1012959_862155140486436_2938086990555315254_n

10006017_860724330629517_840608189089408569_o

10986800_860925193942764_6727812563299142570_n

11232990_860716950630255_40271063190230954_n

11419304_860946253940658_7484405534725564882_o