Ramadan Jadi Ruang Eratkan Ukhwah Di Semua Peringkat
PUTRAJAYA – Bulan Ramadan dijadikan kesempatan kepada semua warga Putrajaya pelbagai lapisan masyarakat termasuklah pemimpin tempatan dan anggota keselamatan sebagaimana Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memanfaatkan iftar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya.
Dalam ucapannya beliau melahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan awam khususnya menjelang musim Hari Raya kelak.
“Saya berterima kasih kepada semua warga IPD yang sentiasa mengutamakan kepentingan awam termasuklah mengorbankan masa pada hari raya untuk memastikan keselamata kawasan sekitar,” katanya.
Turut serata dalam majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.
You must be logged in to post a comment.