Biro Kebajikan UMNO Putrajaya Tidak Jemu Menyusur Akar
PUTRAJAYA – Atas keprihatinan dan kesedaran untuk memastikan kehidupan masyarakat terus mendapat keselesaan walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan gerak kerja menysur akar dengan menziarahi mereka yang dalam keuzuran dan ditimpa musibah.
Antaranya, pada 19 Ogos /2015, AJK biro tersebut telah berkunjung ke Hospital Putrajay dengan melawat Nurul Diana Mohamed Faid iaitu anak perempuan Ketua Cawangan Bunga Jenjarum, En. Mohamed Faid Musa yang mendapat rawatan akibat demam denggi. Dalam masa yang sama, berkesempatan menziarahi pesakit kedua yang mengalami pendarahan otak kritikal.
Kunjungan kepada pesakit juga dibuat di rumah mereka sebagaimana menziarahi Mohd Affendi Awang Abdullah dari Presint 9 yang baru sahaja ditimpa kemalangan. Turut sama diziarahi ialah pesakit yang baru sahaja selesai mendapat rawatan dari hospital di Presint 9.
Semoga kunjungan yang dibuat dengan huluran bantuan yang diberi serba sedikit akan dapat meringankan beban dan memberikan sokongan moral kepada mereka untuk kembali sihat seperti sediakala.
You must be logged in to post a comment.