Majlis Dialog di IPD Putrajaya
PUTRAJAYA – Pada 19 Ogos 2015, Rabu telah berlangsung Majlis Dialog Persatuan Penduduk, Komuniti bersama OCPD IPD Putrajaya yang dibuat sebagai alternatif memastikan hubungan antara masyarakat dan pihak berkuasa berlangsung akrab. Antara perkara yang menjadi topik perbincangan dalam dialog tersebut ialah kadar kemalangan, kes jenayah dan cadangan untuk menambah baik penggunaan tempat letak kereta di kawasan-kawasan perniagaan misalnya di Pasaraya Besar Mydin, Presint 15 selain permintaan untuk pemantauan anggota polis yang di perlukan terutama waktu puncak agar tiada pemandu yang meletak kereta sesuka hati. Semoga usaha murni bagi memastikan keselesaan rakyat akan m,endapat keberkatan dan sokongan semua pihak.
You must be logged in to post a comment.