Berita

Wanita Putrajaya Teguh Menyokong Perjuangan UMNO

PUTRAJAYA – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya akan sentiasa berdiri teguh dan menyokong perjuangan parti dalam mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

Itulah antara ikrar setia yang tersemat bagi perwakilan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya setelah mengadakan persidangannya pada Sabtu, 22 Ogos, 2015.

Mesyuarat tersebut telah berlangsung lancar di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan dengan dirasmikan oleh Datin Seri Anggeriani Sentiyaki selaku isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

Beliau turut menghargai usaha berterusan anggota pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya yang sentiasa turun padang bukan sahaja dalam menjalankan kerja-kerja yang berkaitan parti tetapi lebih dari itu dengan menyelami permasalahan rakyat di akar umbi bagi memastikan kehidupan mereka sentiasa selesa dan sejahtera.

11027488_889713834397233_6537550437539581391_o

11264880_889714644397152_6749225815688900123_o

11864785_889713887730561_8545843941610602341_o

11875003_889713987730551_7137495466564314071_o

11889513_889714087730541_2090473903234262639_n

11893758_889713897730560_7272194008874967740_o

11896458_889714687730481_1691653982229134028_o

11952918_889715034397113_2092959390526811826_o