Berita

20 Tahun Putrajaya Terus Jadi Kebanggaan Negara

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa syukur dan bangga dengan kemakmuran dan kemajuan Putrajaya yang terus menjadi mercu tanda Malaysia selain Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Katanya, Putrajaya hari telah diiktiraf sebagai antara kemuncak pencapaian negara menjelang abad ke-21 dan sewajarnya rakyat menghargai segala usaha yang dilakukan oleh kepimpinan negara.

“20 tahun lalu Putrajaya ditubuhkan dan malam ini kita meraikan ulang tahunnya. Terima kasih kerajaan dan pemimpin terdahulu, terima kasih warga Putrajaya yang terus berikan sokongan. Sesungguhnya apa yang kita lihat hari ini adalah pencapaian yang hebat dan jadi kebanggaan negara.”

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan Putrajaya pada 28 Ogos 2015, di Taman Putra Perdana, lokasi yang mana majlis pecah tanah projek pembangunan kawasan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed.

Majlis santai yang dimeriahkan dengan persembahan kombo Perbadanan Putrajaya (PPj) serta sketsa itu turut diserikan dengan bacaan puisi “Dirgahayu Putrajaya” oleh Presiden PPj, Datuk Hasim Ismail.

11892157_881472365222380_6582021567442708382_n

11903759_881472321889051_7276858666725860346_n

11934978_881472301889053_5222958886052625991_n