Berita

Selamat Menunaikan Fardu Haji Jemaah Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menunaikan fardu haji kepada warga Putrajaya yang bakal menjadi tetamu Allah dan mengerjakan Rukun Islam kelima pada musim haji tahun ini.

Beliau yang diwakili oleh isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki turut bersama-sama meraikan warga Putrajaya yang bakal berangkat ke tanah suci dengan menghantar mereka ke pusat berkumpul jemaah di Tabung Haji Kelana Jaya pada 17 Sept 2015 (Khamis).

Beliau melahirkan rasa kesyukuran dan mendoakan agar semua warga tempatan yang bakal berada di tanah suci agar dikurniakan kesihatan dan diberikan kekuatan serta mendapat haji yang mabrur.

Dalam masa yang sama beliau turut berkongsi rasa dukacita atas musibah yang melanda jemaah haji di tanah suci baru-baru ini dan berdoa agar sebarang kejadian buruk tidak berulang dengan semua rakyat Malaysia dilindungi Allah SWT.

11999094_901733526528597_2206972902782956785_n

12002396_901733443195272_4144413900264618950_o

12009735_901733369861946_2309214263470278428_n

12019839_901733733195243_4904402161354265916_n