Salam Aidiladha – Ibadah Dipertingkat, Silaturrahim Diperkuat
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah korban kepada seluruh warga Putrajaya.
Katanya, sewajarnya semua umat Islam memanfaatkan Aidiladha dengan memahami konsep korban sebenar sebagaimana yang dituntut oleh-Nya.
“Dalam konsep kita hari ini, banyak perkara boleh kita sabitkan dengan pengertian korban yang mana kita sewajarnya tidak perlu terlalu taksub dengan kedudukan dan keduniaan sebaliknya kebersamaan dengan memastikan ikatan silaturrahim yang kukuh amat dituntut selain meningkatkan ibadah kita kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau juga turut menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi kren tumbang di Mekah yang turut mengorbankan jenazah dari Malaysia.
“Sama-sama kita turut berdoa agar jemaah haji Malaysia yang cedera selamat kembali ke tanah air dan kepada yang lain agar dapat haji yang mabrur dan kembali ke sisi keluarga masing masing termasuklah para jemaah Putrajaya,” katanya.