Putrajaya Realitikan Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus memberikan fokus kepada keselesaan para penduduk tempatan dengan sedaya upaya untuk berkongsi apa-apa sahaja sebagaimana pepatah, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
Hal tersebut telah dimanifestasikan memalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang turun padang dengan mengunjungi mereka yang ditimpa keuzuran sebagaimana Puan Zarina Ismail selaku Ketua Cawangan Bunga Ixora merangkap AJK UMNO Bahagian Putrajaya. Beliau dilaporkan mengalami jantung tersumbat.
Turut diziarahi adik Anis Qaleesya Adriana Rosdy Zol yang tinggal di Presint 11 selepas dilaporkan djangkiti kencing tikus selain adik Rahman Mansyor yang dilaporkan menghidap kanser darah sementara Mohd Arifin Ishak pula menghidap sakit jantung dan buah pinggang.
Sebelum itu, pada 13 Okt 2015, Selasa, AJK biro terbabit telah berkunjung ke rumah Puan Khadijah Saidin di Presint 9 yang cedera setelah ditimpa kemalangan baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, gerakan turun padang turut dilakukan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang berkunjung ke rumah-rumah ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Kehadiran cahaya mata terbabit dirai dengan gembira dan penuh kesyukuran.
Semoga dengan kunjungan yang dilakukan oleh anggota biro dan AJK UMNO Bahagian Putrajaya yang dicetuskan oleh Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan dapat memberi keceriaan dan sokongan moral kepada para penduduk tempatan yang ditimpa kesusahan.
You must be logged in to post a comment.