Berita

Program 1Azam Inisiatif Kerajaan Beri Bantuan Kepada Rakyat

PUTRAJAYA – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kehidupan rakyat berada di tahap yang selesa khususnya inisiatif program 1Azam dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan swebagaimana yang dilaksanakan pemimpin tempatan yang disampaikan oleh SUSK kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Rahimi Rejab.

Program yang berlangsung di Kementerian Wilayah Persekutuan pada 19 Okt 2015, Isnin ini hasil kesungguhan kerajaan dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.

“Selain menyediakan bantuan kebajikan kepada golongan sasaran, kementerian memberi lebih tumpuan kepada pendekatan kebajikan produktif untuk pelanggan
kami,” katanya yang mewakili Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berharap, dengan adanya program 1Azam ini, para peserta akan lebih produktif dan dapat mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

11221968_914390168596266_8053599619068364504_o

11231105_914391935262756_7333271175823341016_o

12094783_914391081929508_8095603696411209684_o

12094853_914388481929768_1088210084293802692_o

12140625_914392301929386_785822185977442624_n