Malaysia Book of Record Nobat Biro Agama UMNO Putrajaya
PUTRAJAYA – Satu lagi Malaysia Book Of Record tercatat apabila Biro Agama UMNO Bahagian Putrajaya bersama Gajil Kaligrafi dan Sekolah Menengah Agama Putrajaya (SMAPutra) telah dinobatkan sebagai penulisan Khat Terpanjang di Malaysia.
Dengan tulisan khat sepanjang 1.3 km telah memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh Fakulti Undang-undang, Matrikulasi UIA iaitu sepanjang 685 meter pada tahun 2005.
Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menerima sijil pengiktirafan tersebut yang berlangsung di Dataran Putrajaya, hari ini, 30 Nov 2015.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada Biro Agama UMNO Bahagian Putrajaya bersama para pelajar terbabit yang telah mengambil inisiatif untuk mencatat rekod tersebut.
“Inilah julung kali Biro Agama UMNO menerima pengiktirafan dari Malaysia Book of Record,” katanya.
Tulisan khat tersebut akan dipamerkan bersempena Festival Kesenian Islam Antarabangsa Putrajaya 2015.
You must be logged in to post a comment.