Berita

Wilayah Persekutuan Prihatin Beri Manfaat di Putrajaya

PUTRAJAYA – Gerakan serampang dua mata menjadi alternatif utama dengan turun padang sambil menyelami permasalahan rakyat agar pemimpin atasan dapat menghayati kesusahan akar umbi dengan turun sendiri meninjau, melihat dan menilai apa yang berlaku.

Hal ini telah direalisasikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya di bawah Biro Aduan Komuniti yang bergarak melalui program ‘Wilayah Persekutuan Prihatin’ atau ‘Wilayah Persekutuan Care’. Program yang yang bertujuan memberi bantuan keperluan asas kepada masyarakat ini telah diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Ahmad Faisal Abdul Karim dengan mengadakan lawatan pada 28 Okt 2015, Rabu kepada para penduduk di sekitar Putrajaya khususnya melibatkan Cawangan Bunga Iris dan Cawangan Bunga Dedap.

Program ini adalah gerakan terancang UMNO bahagian empat peringkat berserta pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bagi memastikan semua golongan yang kurang berkemampuan, ibu-ibu tunggal dan ibu tinggal, orang kelainan upaya dan mereka yang hidup melarat menjadi tumpuan tanpa mengira bangsa dan agama.

11893909_1060413280657754_3538534025850488704_o

12063334_1060412670657815_8475276729477448741_n

12185190_1060412913991124_2917231413234103533_o

12187950_918262174875732_6041994646662708245_o

12190918_1060412557324493_4473508460297603632_n