Berita

Budi Disemai, Jasa Dituai Demi Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Menyedari bahawa sokongan moral keprihatinan dalam bermasyarakat amat penting untuk pembentukan sebuah negara maka UMNO Bahagian Putrajaya menerusi Biro Kebajikannya meneruskan aktiviti rutin mereka dengan berkunjung menziarahi mana-mana individu yang ditimpa keuzuran.

Terbaru, pada 11 Nov, AJK Biro terbabit telah bertandang ke Hospital Putrajaya bagi menziarahi Puan Asiah Saad yang dilaporkan menghidap demam denggi sementara Fadilah Abdul Rahman pula mengalami masalah tulang dan ditempatkan di wad otorpedik.

Turut diziarahi ialah Puan Haniah Roslan yang dilaporkan mengalami ketumbuhan di ovarinya sementara adik Nursyakira Kasmazuli pula membuat pembedahan tonsil dan hidung.

Semoga dengan kunjungan yang dibuat akan mampu memberikan keceriaan kepada mereka dalam berdepan kesulitan.

Dalam masa yang sama, anggota biro terbabit turut berkunjung ke rumah keluarga arwah Dayang Imanina Jemila yang telah kembali ke rahmatullah dalam usia 15 tahun di kediamannya di Presint 8.

Semoga keluarga Allahyarhamah tabah berdeban dugaan dan roh allahyarhamah ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman di sisi-Nya.

12187902_923432511025365_736662716886912655_n

12193697_923432574358692_3724143421151505970_n

12208822_923456761022940_7132294799318920456_n

12227623_923456794356270_5175684736536727673_n

12240039_923432464358703_2502781928448042562_n