Berita

Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya Tak Jemu Turun Padang

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus-terusan menyemai khidmat bakti melalui Biro Kebajikannya dengan inisiatif turun padang dan mengenalpasti mereka yang dilanda keuzuran agar dapat bersama-sama memberikan sokongan moral bagi meneruskan kehidupan dan aktiviti seharian.

Lawatan Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya ini telah dibuat ke rumah En. Mohd Yusoff Abdullah yang tinggal di Presint 14 ekoran kesihatannya yang terganggu dan baharu selesai menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara.

Dalam masa yang sama, AJK Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya turut melawat YB Senator Datuk Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya di rumah beliau ekoran kesihatannya yang terganggu.

Semoga mereka yang dtimpa kesakitan akan segera sembuh dan dapat bersama-sama meneruskan perjuangan bersama UMNO demi kesinambungan agama, bangsa dan negara.

12238235_925507584151191_4862454711620468237_o

12244488_638761906266821_3898767207922225591_o