Berita

Pemimpin Tempatan Tunai Impian Rakyat Beri Keperluan Persekolahan

PUTRAJAYA – Pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa memahami keresahan rakyat termasuklah menjelangnya sesi persekolahan yang bakal bermula awal tahun depan dengan menyampaikan pemberian peralatan persekolahan kepada anak-anak sekitar Putrajaya yang bakal memasuki darjah satu.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan telah menyampaikan barangan keperluan sekolah termasuk beg sekolah, alatan menulis dan bekas air minuman menerusi acara ringkas dalam ‘Program Back to School’.

“Pemberian kepada murid-murid Tahun Satu kali ini melibatkan 3,200 di semua 14 sekolah di kawasan Putrajaya,” katanya.

Program yang berlangsung di Menara Seri Wilayah pada 7 Dis 2015, Isnin adalah acara tahunan bagi Parlimen Putrajaya.

IMG-20151207-WA0094

IMG-20151207-WA0095

IMG-20151207-WA0097

IMG-20151207-WA0098

IMG-20151207-WA0102

IMG-20151207-WA0104

IMG-20151207-WA0105

IMG-20151207-WA0107

IMG-20151207-WA0110