Berita

Putrajaya Berjemaah Subuh Terus Dapat Sokongan

PUTRAJAYA – Program solat dan kuliah Subuh untuk pelajar sekolah di masjid dan surau di kawasan Parlimen Putrajaya sebelum memulakan sesi persekolahan terus mendapat sokongan apabila para penduduk setempat dan anak-anak mereka bersama-sama menunaikan fardu Subuh.

Program berkenaan yang dilaksanakan bermula 11 Januari lalu adalah bagi menggalakkan murid dan pelajar sekolah solat Subuh berjemaah sebelum memulakan aktiviti harian selain dapat mengimarahkan surau- surau dan masjid di Putrajaya.

Putrajaya Berjemaah Subuh 2016 ini juga adalah projek perintis yang dijalankan untuk galakan dari kecil dalam amalan solat Subuh secara berjemaah sebelum keluar melakukan aktiviti harian.

Turut diadakan ialah sesi kuliah dan sarapan pagi yang disediakan kepada semua murid dan pelajar terlibat.

FB_IMG_1453908061653

FB_IMG_1453908014810

FB_IMG_1453908030739

FB_IMG_1453907814757

FB_IMG_1453907788809

FB_IMG_1453907795494