Berita

Program Putrajaya Berjemaah Subuh Berterusan

PUTRAJAYA – Program solat dan kuliah subuh secara berjemaah di masjid dan surau Parlimen Putrajaya yang turut melibatkan para pelajar di kawasan sekitar terus berlangsung lancar sejak dimulakan pada awal tahun ini.

Penduduk tempatan dan para pelajar melaksanakan solat berjemaah dan mengikuti kuliah subuh sebelum bersarapan dengan hidangan yang disediakan dan kemudiannya memulakan sesi persekolahan serta aktiviti harian.

Program tersebut adalah hasil cetusan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai usaha untuk menggalakkan anak-anak kecil ini menunaikan solat Subuh secara berjemaah dan makan sarapan pagi bersama sebelum ke sekolah.

Program tersebut dianggap sebagai alternatif utama untuk melentur buluh dari rebungnya iaitu memulakan hari dengan bersolat secara berjemaah.

12900992_1004284079606874_1630045739530461131_o