Manfaatkan Kemudahan, Perkukuh Perpaduan dan Tolak Anasir Tidak Sihat
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat tempatan untuk memanfaatkan semua kemudahan yang ada bagi memantapkan perpaduan khususnya dalam masyarakat berbilang kaum.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan baru Surau Al-Muhajirin di Presint 9, Putrajaya.
“Semoga semua kemudahan akan dimanfaatkan dengan sempurna bagi memastikan syiar Islam terus ditegakkan dan silaturrahim umat Islam makin mantap, perpaduan dijaga dan tolak semua anasir jahat dari luar,” katanya.
You must be logged in to post a comment.