Berita

Manfaatkan Majlis Perwakilan Penduduk Sebagai Penghubung Rakyat dan Kerajaan

PUTRAJAYA – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) perlu dimanfaatkan sebagaimana matlamat kewujudannya untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk dengan memberi peluang kepada masyarakat setempat menyuarakan pendapat berkaitan keperluan dan kehendak mereka sendiri, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adna Tengku Mansor.

Jelasnya, MPP perlu menjadi satu entiti bagi menangani isu–isu perbandaran dan menyampaikan perkhidmatan secara berterusan.

“MPP adalah satu mekanisme penghubung di antara kerajaan dan komuniti setempat, saling bergantungan dan saling berkepentingan.”

Beliau berkata demikian semasa Penyerahan Surat Perlantikan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya yang berlangsung di Dewan Seri Wilayah, Rabu, 13 April 2016.

IMG-20160413-WA0061

IMG-20160413-WA0065

IMG-20160413-WA0068

IMG-20160413-WA0069

IMG-20160413-WA0072

IMG-20160413-WA0075

IMG-20160413-WA0076