Teruskan Tradisi Sambut Hari Lahir Beramai-ramai, Pupuk Muafakat Rakyat
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan kesinambungan acara sambutan hari lahir beramai-ramai yang dicetuskan oleh ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.
Terbaru, sambutan Majlis Hari Lahir Jalan P9A, P9B, P9D & P9G telah diadakan di Dewan Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan pada 20 April 2016, Rabu dengan dihadiri oleh para penduduk terbabit dan disertai oleh isteri Datuk Seri Tengku Adnan, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.
“Saya melihat acara ini sebagai sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada semua, member peluang kepada orang ramai untuk berkenalan erat dengan ‘ketua kampungnya’, sesama masyarakat juga dapat menjalin silaturrahim serta saling menghargai antara satu sama lain,” kata Datuk Seri Tengku Adnan.
Beliau berharap agar masyarakat tempatan akan menghargai kesejahteraan yang dikecapi dan sentisa menyokong usaha kearah perpaduan keseluruhan.
You must be logged in to post a comment.