Semarak Komuniti 1Malaysia Satukan Masyarakat Tempatan
PUTRAJAYA – Program Semarak Komuniti 1Malaysia peringkat Parlimen Putrajaya, Seputih dan Bukit Bintang telah berlangsung pada Sabtu, 21 Mei 2016 di perkarangan Apartmen P14-12, Presint 14 dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.
Pelbagai pengisian telah dibuat membabitkan semua peringkat khususnya acara kekeluargaan dan untuk anak-anak yang tentunya mengeratkan lagi hubungan dalam masyarakat.
Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Turut bersama ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.
You must be logged in to post a comment.