Edaran Bubur Lambuk Hargai Petugas Badan Beruniform
Dalam usaha untuk mengimarahkan Ramadan dan menghargai para petugas badan beruniform yang sememangnya banyak berjasa kepada orang ramai, UMNO Bahagian Putrajaya telah mengedarkan bubur lambuk kepada para pekerja badan beruniform di sekitar Putrajaya.
Bubur lambuk yang dimasak hasil gotong-royong masayarakat tempatan telah diedarkan sendiri oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki pada Ahad, 12 Jun 2016.
Beliau melahirkan penghargaan kepada usaha anggota terbabit khususnya yang terpaksa berkerja dalam suasana syiif bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat diutamakan.
Datin Seri Anggeriani yang disertai oleh AJK UMNO Bahagian Putrajaya telah berkunjung ke Jabatan Bomba dan Penyelamat, IPD Putrajaya, Institut Kanser Negara dan juga Hospital Putrajaya dengan menyampaikan sendiri bubur lambuk kepada para petugas di sini.
You must be logged in to post a comment.