Berita

Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru orang ramai khususnya warga Putrajaya untuk menzahirkan semangat patriotisme dengan kibaran bendera Jalur Gemilang menjelangnya hari kebangsaan 31 Ogos ini.

Katanya, bukan hanya bangunan-bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan perlu dipenuhi dengan kibaran bendera Malaysia tetapi juga kawasan-kawasan perumahan perlu turut sama dimeriahkan dengan Jalur Gemilang.

“Inilah masanya untuk kita bersama-sama mengibarkan bendera Jalu Gemilang yang menjadi kecintaan kita kepada negara ini bersempana dengan sambutan bulan kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Kibaran Sejuta Jalur Gemilang 2016 serta Program Menghias dan Persembahan Kelas bersempana sambutan Bulan Kemerdekaan yang bertemakan ‘UMNO dan Kemerdekaan Sehati Sejiwa’.

IMG-20160817-WA0050

IMG-20160817-WA0052

IMG-20160817-WA0053

IMG-20160817-WA0054

IMG-20160817-WA0055

IMG-20160817-WA0056

IMG-20160817-WA0057

IMG-20160817-WA0058

IMG-20160817-WA0060