Berita

Selamat Hari Malaysia, Semarakkan Sehati Sejiwa

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua masyarakat khususnya penduduk di Putrajaya.

Bersempena dengan sambutan hari tersebut dan tema ‘Sehati Sejiwa’ beliau menyeru rakyat untuk menghargai keamanan dan kesejahteraan yang ada.

“Malaysia hari ini bukanlah negara yang tiba-tiba terbina sekelip mata tetapi ia terhasil dengan semangat juang dan cintakan tanah air dari pemimpin terdahulu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita hari ini untuk meneruskan kesinambungan kesejahteraan,” katanya.