Berita

Kios D’Harmoni@9 Bukti Kerajaan Serius Bantu Rakyat Tambah Pendapatan

PUTRAJAYA – Kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat untuk menambah pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan direalisasikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan pembukaan kios jualan makanan dan minuman hari ini.

Beliau yang dianggap sebagai ‘ketua kampung’ di Putrajaya telah merasmikan kios D’Harmoni@9 Precint 9 Putrajaya, di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya (PPJ) kerana telah menyediakan sepuluh kios gerai untuk warga tempatan berniaga,” katanya dalam ucapan perasmiannya.

Jelas beliau, langkah ini adalah percubaan ke arah membantu rakyat dengan cara menyediakan peluang berniaga sebagai alternatif bagi menambah pendapatan yang ada.

“Jika berjaya, Insya-Allah kios seperti ini akan dibangunkan di seluruh perumahan untuk memberi peluang perniagaan dan pendapatan tambahan kepada para pekerja sektor kerajaan di sini,” ujarnya lagi.

IMG-20161011-WA0076

IMG-20161011-WA0078

IMG-20161011-WA0081

IMG-20161011-WA0087

IMG-20161011-WA0092

IMG-20161011-WA0096

IMG-20161011-WA0098

IMG-20161011-WA0099

IMG-20161011-WA0101