Berita

UMNO Putrajaya Terus Turun Padang, Prihatin Kehidupan Rakyat

PUTRAJAYA – Gerakan untuk turun padang dengan menyelami permasalahan rakyat menjadi agenda penting bagi UMNO Putrajaya dalam menyemai khidmat bakti dan berdamping dengan masyarakat. Selaras dengan itu, melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Pengerusinya, Puan Husna Abd Rahaman bersama ahli jawatankuasanya telah menziarahi mereka yang uzur, ditimpa kemalangan dan kurang bernasib baik.

Hal ini telah dilaksanakan pada 25 Okt lalu apabila kunjungan ke Hospital Putrajaya telah dilakukan bagi melawat Ketua Wanita Cawangan Semarak, Puan Azizah Abd Aziz yang telah dimasukkan ke hospital akibat demam. Di samping itu, turut diziarahi ialah Saudara Hazman Nordin yang baru sahaja menjalai pembedahan lutut.

Dalam masa yang sama, anggota Biro Kebajikan turut menyusur akar mengunjungi mereka yang uzur di rumah iaitu di Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 serta Blok 6F di Presint 9, selain Presint 11 dan Presint 18.

Pada hari yang sama juga, Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Putrajaya bersama wakil MIC Putrajaya, Mr. Amarendran turut berkunjung ke Presint 16 melawat Mr. Manogaran a/l Krishnan yang cedera selepas mendapat kemalangan baru-baru ini.

Semoga dengan kunjungan yang dibuat akan dapat memberikan sokongan moral kepada mereka serta membantu meringankan beban yang ditanggung.

14633047_182260115561327_6619160657841821016_n

14650692_182260155561323_7481356105308705596_n

14705827_182260082227997_8230285372586791594_n

14717279_182260398894632_1254749909197288813_n

14720350_182260282227977_8915432157688040967_n

14721631_182260455561293_9153023942099954716_n

14725505_182260218894650_235932062701966001_n

14729256_182260182227987_8635338117100564126_n

14729392_1137840899584524_6102523051866090688_n

14731395_182254698895202_2626238369405413488_n