UMNO Putrajaya Dalam Majlis Penerangan Bersama Pemimpin Akar Umbi WP
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya sentiasa bersiap siaga dalam memastikan gerak kerja dan perancangan agar perjuangan parti terus diresap ahli-ahli diakar umbi termasuklah mendapatkan info serta suntikan semangat daripada kepimpinan parti.
Menerusi Majlis Penerangan Bersama Pemimpin Akar Umbi UMNO Wilayah Persekutuan, ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya berserta wakil daripada pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri telah turun padang untuk mendengar amanat berkaitan isu-isu semasa.
Program yang berlangsung pada 30 Okt tersebut memberi manfaat kepada wakil UMNO Putrajaya bagi disampaikan kepada orang ramai khususnya berkaitan mantan pemimpin yang meninggalkan UMNO.
Antara pesanan Tan Sri Annuar Musa ialah meminta supaya anggota UMNO menggunakan fakta dan
kebenaran bagi menepis kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin parti
itu.
Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak gentar dengan sebarang tuduhan yang dibuat bekas anggota kabinet serta pemimpin pembangkang.
“Segala tindakan politik harus dilawan secara politik, kita mesti ada keberanian, kita tidak perlu membalasnya dengan pencemaran nama baik, kita tidak balas dengan fitnah,” katanya
Jelasnya, anggota UMNO tidak seharusnya terikut-ikut dengan cara politik pembangkang yang menggunakan kaedah bertentangan dengan budaya dan agama di negara ini.
You must be logged in to post a comment.