Ahli Parlimen Seru Teruskan Bersatu Untuk Kesejahteraan Bersama
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua pihak untuk terus bersatu bagi memastikan kesejahteraan berterusan.
Katanya, dengan adanya kesepakatan maka banyak perkara dapat diatasi dan dikongsi bersama.
“Kita hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan konsep kesatuan dalam kepelbagaian yang kita amalkan perlu terus didukung,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis meraikan pengundi Putrajaya P8 di Fasa 3 & 4 Precint 8 pada 17 Januari 2017 (Selasa).
Beliau telah menyampaikan ucapannya dalam keadaan hujan dan tetap meneruskan majlis biarpun kebasahan.
“Alhamdulillah majlis lancar walaupun hujan. Semoga semua yang diraikan panjang umur dan sejahtera sentiasa.”
Majlis sambutan hari lahir beramai-ramai adalah konsep berbeza dimana Ahli Parlimen turun ke padang berucap dan mengadakan town hall.
Lebih penting kerana semua pegawai termasuk KSU hadir bagi mendengar rintihan dan masalah rakyat supaya dapat di selesaikan.
“Terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong usaha kerajaan dan UMNO,” tambahnya lagi yang turut disertai isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
You must be logged in to post a comment.