Berita

Majlis Sambutan Hari Lahir Pererat Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua warga Putrajaya untuk bersama-sama dalam memastikan kelestarian serta keharmonian hidup dengan tidak hanya tertumpu kepada pendekatan yang dinamik malah konsep yang lebih kreatif perlu diamalkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, program menyeluruh dengan langkah berkongsi kehidupan bersama dibuat agar setiap permasalahan dapat di tangani secara tuntas dan tepat.

“Program sambutan hari lahir beramai-ramai yang menjadi sebahagian dalam acara rutin di Putrajaya ini telah menanam kebersamaan dan mempereratkan silaturrahim masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program sambutan Hari Lahir Warga Presint 11 Parlimen Putrajaya pada 14 Februari 2017.

“Usaha untuk turun sendiri berdamping dengan orang ramai, demi menjiwai permasalahan dan mengetahui kehendak sebenar masyarakat diperingkat akar umbi penting dalam menyelesaikan segala permasalahan,” jelasnya yang turut disertai isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20170214-WA0057

IMG-20170214-WA0058

IMG-20170214-WA0059

IMG-20170214-WA0060