Prihatin Kesusahan Warga Putrajaya
PUTRAJAYA – Keprihatinan dalam masyarakat amat terserlah bagi penduduk Putrajaya sebagaimana yang dizahirkan oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Beliau yang mewakili Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah berkunjung ke hospital Putrajaya bagi menziarahi Puan Wan iaitu isteri kepada Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Putrajaya, En Baharudin Yusuf yang disahkan menghidap penyakit kanser.
Dalam Masaya yang sama Datin Seri Anggraini turut menziarah pesakit lain dan memberikan kata-kata sokongan agar mereka tabah dalam berdepan dengan dugaan.
You must be logged in to post a comment.