Berita

UMNO Prihatin Realitikan ‘Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing’

PUTRAJAYA – Kesulitan, keperitan dan kesusahan yang dihadapi oleh penduduk setempat sentiasa mendapat perhatian pemimpin tempatan yang mahu merialisasikan peribahasa ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Hal ini dilaksanakan melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang bergerak menyusur akan menjejaki mereka yang dilanda keuzuran agar sumbangan dan sokongan moral dapat disampaiakan.

Berlandaskan kepada sumbangan Wilayah Prihatin Parlimen Putrajaya, ‘Ketua Kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya melalui pengerusi Biro Kebajikan, Puan Husna Abd Rahaman telah menyampaikan bantuan bagi membantu meringankan beban dan menceriakan pesakit.

Semoga sumbangan dan kata-kata semangat yang diberikan akan dapat memberi semangat kepada mereka yang dilanda musibah serta dapat kembali sembuh dengan segera.

20708296_1442888199079791_1933784367269607848_n

20728381_1442888145746463_5384541101006471422_n

20767698_1442888112413133_7016372589998362890_n