Terapkan ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’ Dalam Warga Putrajaya
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru warga Putrajaya untuk sama-sama menghayati tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’.
Tegasnya, kepentingan untuk umat Islam bersatu padu adalah termaktub dalam tuntutan agama yang menekankan bahawa kesejahteraan dan keamanan hanya akan dapat dicapai apabila masyarakat di dalamnya bersatu padu.
Beliau berkata demikian dalam Sambutan Maal Hijrah Peringkat Surau-surau Parlimen Putrajaya yang berlangsung di Surau Mahmoodiah Jalan P18C, Presint 18 di sini.
You must be logged in to post a comment.