Berita

Mantapkan Institusi Keluarga Elak Masalah Sosial – ‘ketua kampung’

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih mesra dikenali sebagai ‘ketua kampung’ di sini menyeru masyarakat setempat untuk memperkukuh institusi kekeluargaan.

Katanya, dengan pengukuhan keluarga akan dapat mengelakkan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat.

“Keluarga adalah asas utama pembentukan masyarakat yang sejahtera maka di sinilah tanggungjawab ibu bapa untuk memantau anak-anak dengan disiplin dan adab,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Karnival JAWI dan JPNIN Mesra Komuniti yang berlangsung di perkarangan Surau Al-Najah Presint 9 Putrajaya.

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan terima kasih dan menghargai sokongan semua dalam menjayakan karnival ini.

IMG-20171001-WA0028

IMG-20171001-WA0019

IMG-20171001-WA0021

IMG-20171001-WA0008

IMG-20171001-WA0004