PM Tertarik Penggunaan Gajet Dalam Kelas Di SMK Putrajaya Presint 8(1)
PUTRAJAYA – Perdana Men¬teri, Datuk Seri Najib Tun Ra¬¬zak melakukan tinjauan ke Sekolah Menengah Ke¬bangsaan Putrajaya Presint 8(1), di sini, bagi melihat kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang dilaksanakan di sekolah berkenaan.
Najib tertarik dengan penggunaan gajet pintar di dalam kelas dan menyifatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif serta mampu menambah keceriaan dan merangsang minat pelajar.
“Kaedah ini saya yakin dapat melahirkan generasi baharu kita yang mempunyai kemampuan berfikir secara lebih kreatif dan kritis dan menambah keyakinan berkomunikasi di samping dapat bekerjasama dalam satu pasukan.
“Pada keseluruhannya suasana di dalam kelas lebih positif dan bertenaga berbanding cara lama atau konvensional,” katanya kepada pemberita ketika lawatan itu.
Dalam tinjauannya kira-kira setengah jam itu, Najib turut mendapatkan penerangan mengenai penggunaan papan pintar dan melihat sendiri cara tenaga pengajar berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas. Najib mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan kerana berjaya dalam membuat percubaan melaksanakan konsep PAK-21 dan berharap ia dapat diperluaskan.
You must be logged in to post a comment.