Berita

Kementerian Wilayah Persekutuan Buka Lebih Banyak Ruang Dengar Permasalahan Rakyat

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan membuka lebih banyak ruang bagi mendengar permasalahan penduduk di ibu kota menerusi program soal jawab ‘Bicara Rakyat’.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata melalui program itu, masyarakat setempat berpeluang mengutarakan isu, cadangan serta pandangan secara terus kepada pemimpin.

“Program ini lebih fokus kepada kawasan perumahan golongan pertengahan seperti rumah teres termasuk kondominium mewah.

“Daripada penelitian saya, kita selalu cuba menyelesaikan permasalahan perumahan awam sahaja seperi PPR (Projek Perumahan Rakyat) tapi di kawasan perumahan lain ada isu tersendiri juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program ‘Bicara Rakyat’ yang pertama kali diadakan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini malam tadi.

Tengku Adnan berkata program itu akan dianjurkan secara berkala dan meliputi setiap kawasan Parlimen termasuk kawasan pembangkang.

23031595_1457841537585457_5744447945340401417_n

23032677_1457841300918814_7885939229353345342_n

23172699_1457841464252131_4292068789831152216_n

23172700_1457841664252111_1515638398396286351_n