Perkukuh Institusi Keluarga Untuk Kesejahteraan Masyarakat
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan Program Sukaneka bersama Komuniti dan PDM Taman Wawasan di Presint 14 Putrajaya.
Menerusi program yang berlangsung secara meriah ini, beliau telah mengajak warga setempat untuk sentiasa meluangkan masa bersama keluarga dan memelihara institusi berkaitan sebagai pelengkap utama untuk memastikan masyarakat yang seimbang dan sejahtera pada masa akan datang.
Turut hadir bersama-sama meraikan masyarakat setempat ialah isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
You must be logged in to post a comment.