Rencana

Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam Eratkan Hubungan Silaturrahim Penduduk Setempat

PUTRAJAYA – Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam Bersama Datin Seri Anggraini Sentiyaki isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah berlangsung meriah walaupun diadakan secara santai.

Menerusi program ini, masyarakat setempat dapat menjalinkan hubungan lebih akrab dengan isteri pemimpin tempatan tersebut selain mengeratkan hubungan silaturrahim sesame penduduk setempat di Fasa 4C, Presint 8 di sini.

Dalam kesempatan tersebut, Datin Seri Anggraini telah menyampaikan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik termasuklah memberikan sumbangan barangan kepada warga emas, ibu-ibu tunggal dan orang kelainan upaya serta mereka yang memerlukan. Tutut diraikan adalah generasi muda dan anak-anak kecil yang kelihatan ceria dalam majlis berkenaan.

23032349_235051227030130_2457101253066682045_n

23032902_235051073696812_7161586553854269551_n

23130960_235051560363430_2386325661586883497_n

23167988_235051263696793_5266583688228100091_n

23172435_235051357030117_8309273374341621903_n

23244127_235051090363477_7454279910495825461_n