Berita

UMNO Putrajaya Hulur Bantuan Ringankan Beban Mangsa Banjir Pulau Pinang

PUTRAJAYA – Bencana alam dan musibah yang melanda Pulau Pinang lantaran banjir besar melanda negeri terbabit sehinggakan ribuan rakyatnya menjadi mangsa turut sama mengundang keprihatinan warga Putrajaya untuk menghulur bantuan.

Selaras dengan itu, UMNO Bahagian Putrajaya melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya bersama dengan Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan telah menggerakkan inisiatif bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu, Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang juga isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan telah mengetuai gerak kerja bagi memastikan segala perancangan dalam menyampaikan bantuan terbabit berjalan lancar.

Antara barangan yang dihulurkan adalah barang-barang keperluan harian selain makanan untuk mereka.

23316740_237492703452649_8761191372206148084_n

23376635_237492900119296_8042443146771900570_n

23380148_237493200119266_1550971257790930459_n

23435197_237493303452589_8686991744052258363_n