Berita

Ikan Segar Separuh Harga, Ketua Kampung Bantu Ringan Kos Hidup Rakyat

PUTRAJAYA: Program Jualan Ikan Segar Separuh Harga@Putrajayaanjuran UMNO Bahagian Putrajaya dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya hari ini akan diteruskan bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk setempat.

Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen tempatan atau lebih mesra sebagai ketua kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata program kali kedua yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar turut mendorong pihaknya meneruskan acara sama.

“Kali ini kita mendapat sambutan kira-kira 1,500 penduduk yang datang membeli ikan dan kita dapat habiskan jualan tiga tan ikan pelaling, cencaru, sardin dan tongkol dalam masa tiga jam sahaja.

“Kita akan anjurkan lagi program ini pada masa akan datang bagi meringankan beban orang ramai membeli barangan keperluan,” katanya.

Terdahulu, penduduk di sekitar Putrajaya tidak melepaskan peluang membeli pelbagai jenis ikan dengan harga sekitar RM7 hingga RM8 sekilogram, sehingga ada yang sanggup menunggu sejak jam 3 petang walaupun jualan ikan pada harga lebih murah berbanding di pasaran itu dijadualkan bermula jam 4 petang.

thumbnail (2)

thumbnail (3)

thumbnail (5)

thumbnail (6)

thumbnail (7)

thumbnail (8)

thumbnail (9)