10,000 Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitumuqaddis
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai lebih 10,000 rakyat Malaysia menyertai perhimpunan solidariti untuk bersama rakyat Palestin membantah pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.
‘Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis ‘ itu diadakan di Masjid Putra, disertai kebanyakannya umat Islam dan rakyat pelbagai agama yang hadir sama ada mewakili NGO atau datang sendiri.
Perhimpunan itu didahului dengan solat Jumaat dan diikuti dengan solat hajat serta forum ‘Selamatkan Baitulmuqaddis’ dengan enam anggota panel.
Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa anggota Kabinet dan Duta Palestin di Malaysia Datuk Dr Anwar H al-Agha.
Forum, solat dan perhimpunan itu diadakan sehari selepas sidang tergempar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyaksikan 128 negara menyokong resolusi PBB menggesa Amerika Syarikat supaya membatalkan pengiktirafannya terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel. Sembilan negara menentang resolusi itu sementara 35 lagi berkecuali.
You must be logged in to post a comment.