Sumbangan Wilayah Prihatin UMNO Putrajaya Dekati Masyarakat Setempat
PUTRAJAYA – Sumbangan Wilayah Prihatin terus turun padang dan bersama-sama masyarakat dalam memastikan setiap individu mendapat pembelaan khususnya mereka yang dilanda keuzuran dan ditimpa musibah.
Melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abd Rahaman, beliau bersama para AJKnya telah mewakili ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dengan mengadakan kunjungan ke rumah para pesakit yang telah dikenalpasti. Kunjungan tersebut telah dibuat di sekitar Presint 15 ,Presint 14 dan Presint 17.
Kunjungan anggota Biro Kebajikan ini bukan sahaja untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang uzur tetapi juga sebagai sokongan moral agar terus kuat dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.
Dalam kunjungan ini, para pesakit melahirkan penghargaan kepada pemimpin setempat yang begitu prihatin dengan mereka. Semoga bantuan dan perhatian yang dibuat akan dapat memberi kekuatan kepada mereka dan kembali sembuh seperti sediakala kelak.
You must be logged in to post a comment.