Sambutan Tahun Baharu 2018 Putrajaya Meriah
PUTRAJAYA – Dataran Putrajaya dilimpahi kemeriahan dengan sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 yang menyaksikan kehadiran kira-kira 500,000 masyarakat pelbagai kaum.
Sambutan tersebut dimulakan dengan persembahan cahaya berwarna-warni sempena Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2017.
Persembahan itu menampilkan kelainan dengan penggunaan teknik, teknologi visual dan audio terkini serta pencahayaan beresolusi tinggi di dalam pemetaan bercahaya tiga dimensi (3D) di fasad bangunan Istana Kehakiman.
Kiraan detik tahun baharu seterusnya dimulakan sebelum pengunjung diserikan dengan pertunjukan bunga api secara langsung dan pertunjukan bunga api digital.
You must be logged in to post a comment.