Berita

Jualan Ikan Separuh Harga Tangani Beban Hidup Rakyat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus turun padang dengan alternatif mengurangkan beban hidup rakyat khususnya dalam menangani harga bahan makanan sebagaimana pelaksanaan program jualan ikan separuh harga.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘ketua kampung’ turut bersama dengan ditemani isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki untuk mengajak penduduk setempat membeli ikan pada harga yang murah.

“Alhamdulillah program ini mendapat sambutan dan menceriakan orang ramai. Sebanyak tiga tan ikan termasuk pelaling, kerisi dan cencaru dijual kali ini,” katanya.

Selain itu, sebanyak 750 ekor ayam turut dijual dengan harga RM5 sekilogram.    

IMG-20180222-WA0012

IMG-20180222-WA0007

IMG-20180222-WA0020

IMG-20180222-WA00187