Berita

Sumbangan Prihatin Pastikan Rakyat Terbela

PUTRAJAYA – Keprihatinan ‘ketua kampung’ terhadap permasalahan penduduk setempat sentiasa direalisasikan sebagaimana anggota UMNO melalui Biro Kebajikannya yang turun padang menziarahi mereka yang uzur.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya bersama anggota ahli jawatankuasanya telah mewakili Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan mengadakan kunjungan kepada para pesakit sama ada di rumah di sekitar Presint 9 dan juga mereka yang dirawat di Hospital Putrajaya.

Dalam lawatan ini, Pengerusi Biro Kebajikan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di samping memberikan sokongan moral agar tabah berdepan dugaan.

Sama-sama kita doakan agar mereka yang sakit cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

FB_IMG_1519888317042

FB_IMG_1519888313278

FB_IMG_1519888309463

FB_IMG_1519888301636