BN Untuk Rakyat, Manifestasi Kerajaan Bertanggungjawab
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak rakyat untuk membuat penilaian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam pelbagai usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanakan untuk rakyat.
Katanya, BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab, lakukan macam-macam usaha untuk pastikan keselesaan rakyat khususnya untuk kemajuan dan pembangunan.
“Kita adalah kerajaan yang prihatin, yang sentiasa mendahulukan rakyat dan mahukan rakyat hidup dalam selesa.
“Saya yakin akhirnya rakyat akan terus bersama BN yang telah menjadi payung kita selama ini kerana jika pilih yang lain tentunya banyak masalah timbul sebagaimana yang telah terbukti di negeri tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam menyempurnakan Job Fair Putrajaya anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian terbabit.
You must be logged in to post a comment.