Salam Aidilfitri, Perkukuh Ukhwah Eratkan Silaturrahim
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan salam Aidilfitri kepada para penduduk Putrajaya khususnya masayarakat Islam di sini.
“Dalam kesempatan ini, saya memohon maaf jika ada apa-apa salah dan silap yang saya lakukan selama ini dan marilah kita jadikan Aidilfitri ini sebagai ruang untuk mempereratkan silaturrahim sesama kita,” katanya.
Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan kepada warga Putrajaya agar memastikan keselamatan menjadi keutamaan dalam apa juga keadaan.
“Bagi yang pulang ke kampung halaman, pastikan rumah dan tempat kediaman berkunci selain peralatan elektrik dimatikan agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, dan pastikan memandu dengan berhati-hati, patuhi undang-undang agar hari raya tetap ceria,” katanya lagi.